1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka
berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu
memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”
2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur
dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu
menahan dirinya ketika marah."
3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul
budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara
(teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi,
aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat).
Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah
Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!
Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari
tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!
Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang
kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan
memukul budak selamanya setelah (hari) ini."
4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh
Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan
terhalang dari mendapat kebaikan.”
5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan
yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit.
Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan
peringatan kepada anak
Dalam suatu majelis, Rasulullah saw mengingatkan para sahabat-sahabatnya,
"Hormatilah anak-anakmu dan didiklah mereka. Allah SWT memberi rahmat
kepada seseorang yang membantu anaknya sehingga sang anak dapat berbakti
kepadanya.”
Salah seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana cara membantu anakku sehingga ia dapat berbakti kepadaku?”
Nabi Menjawab, “Menerima usahanya walaupun kecil, memaafkan
kekeliruannya, tidak membebaninya dengan beban yang berat, dan tidak
pula memakinya dengan makian yang melukai hatinya.” (HR Abu Daud)